Untitled
Ambil pisau tajam , tujah dada 100 kali . Dah cuba , datang sini kalau berani . Boleh tukar-tukar cerita pasal sakit masing-masing .
The truth is you have no idea how much i bleed inside .
Usah Terlalu Sin Ta Ra Ga Ga Lam
Makluman . Aku memang spesies yang pick up phone bila-bila masa jea ringtone handphone berbunyi lantang . Tak kira unknown number pun aku pick up sebab aku jenis yang tak save nombor orang melainkan aku betul-betul akan contact nombor itu di masa hadapan . Kalau orang call aku pakai nombor bestfriend dia ke , boyfriend ke , makcik saudara ke , hatta jiran sebelah punya nombor sekalipun , aku akan jawab . Save memang tak .
Itu jenis aku . Lalu disebabkan itu , harus jugak dinyatakan di sini , aku tak suka serta benci orang yang call aku guna private number . Kau ingat kau artis nak private-private . Kau ingat kau Madonna nak sorok-sorok number . Lagi menjelikkan , bila reti call tu , retilah keluarkan suara dan cakap . Ni bila pick up phone , sunyi sepi . Bodoh. Aku menyampah .
Isu private number ni telah menyebabkan aku berfikir jauh . Adakah orang yang call itu secret admirer ? Or maybe musuh ketat ? Or bekas kekasih ? Or maybe maybe maybe ??? Aku tak tahu . Aku juga tak suka bila aku tiba-tiba perasan yang mungkin aku ada secret admirer . Itu satu tanggapan bangang yang perlu dihapuskan .
Jadi , moralnya di sini , tak payah privatekan number tu sebab aku pasti kau bukan Oprah Winfrey . Bila call number aku , lontarkan vocal tu . Aku tak kritik apa-apa walaupun suara kau tak sedap . Janganlah buat aku meluat lagi . Atau mungkin lebih mudah , tak payah call aku lagi . Aku ada banyak kerja nak buat dari melayan panggilan sepi kau yang membuang masa aku .
p/s : Struggle .
Mari Cari Pose Senyum Terbaik
Post sebelum ini telah didelete kerana aku sudah kembali tenang dan berfikiran rasional . Aku tak sepatutnya emosional sangat . Masalah aku bukan besar sangat pun . Nak kata kucing mati pun tak walaupun hakikatnya aku tak bela kucing sebenarnya .
Sekarang aku sedar , kalau ada masalah , haruslah kita consult dengan orang yang berfikiran lebih rasional . Berbincang dengan orang yang sama level emosi dengan kita adalah satu idea terhodoh .
Esok hari baru , cerita baru .Final exam dah dekat . Bawak-bawak lah sedar diri kan .
I'm okay . Everything is going to be just fine . Senyum senyum .

p/s : Sang kakak suruh aku tengok cerita papadom sebab dia kata best . Jarang sungguh kakak aku pilih cerita melayu . Ada siapa-siapa sudi teman ?
Good Boys Go Gedik
Aksi meminta pelempang . Aku suka :)
Model :
Shah (Orang Tua Miang)
Eedan (Cherry Cherry Boom Boom)
Ijat (Drakula Tak Cukup Darah)
Jurugambar : Cik Amirah (Si Manis) & Encik Jurugambar Tak Terkenal
Under One Roof
Family :)
Asyik masuk gambar orang lain je kan . This time , family pulak .
Ramai cakap aku ada rupa Penang . Sepanjang zaman sekolah , tak pernah terfikir pulak . Sekarang semua cakap macam tu . So people , judge by yourself . I don't see any anak mami face around here . ;p
Dari kiri , angah. As usual , dia mesti akan off colour . Next is me . Youngest doesn't mean i can't be tall and I'm so proud of it *wink*. There goes our mommah and dad . Now i can see why most of my boy friend (kawan lelaki yee) are so afraid of him . Finally , abang . As soon as this picture was taken , he took off his baju melayu . Thats why he look so damn hideous at this moment.
Whatever it is , I still believe that family matters the most (plus he who must not be named) . I don't think I need to explain why right ?
I love you family :)
p/s : October October October . Always been my favourite month throughout the year :)
He Ain't Johan Mahmud Either
Just feels like posting another video :)
Before clicking on the play mode , there are a few things need to be said first .
1. The song is the reason why this video is posted . Not because of Jason's cute face are all over it
2. The original version of the song sounds better but as any other song, acoustic lagi sayu kan .
3. I'm too lazy to write down the lyrics , so click here for better understanding . *tekan siap-siaplah*
Thank you for dedicating such a beautiful song . I'm honoured and flattered :)
p/s : Tak perlu sensitif dengan post ini . Hanya sekadar post okay .
Dia Bukan John Terry
Melampau tak kalau nak minta JT datang Malaysia sekarang jugak ? Lepas Beyonce dan most probably JLo lepas tu , agak-agak ada kemungkinan tak JT saja-saja boring tengok glob ternampak nama Malaysia kat celah-celah tu dan tiba-tiba decide nak buat konsert kat sini ?
Kalau siapa-siapa tanya (not that anyone would ask) cubalah kalau tiba-tiba Coldplay dan JT buat konsert pada masa yang sama (tak logik sikit) , mana satu aku nak pergi ? Sesungguhnya aku akan struggle untuk membelah diri ini untuk pergi both konsert . Walaupun aku minat Coldplay lebih , tapi bab live performance , JT buat aku lopong-lopong mulut muat nak masuk big mac sekali das .
Aku siap dah khatam tengok konsert dia kat Madison Square Garden time 2007 dulu tu . Kita ada Bukit Jalil kan , boleh compete dengan keluasan MSG . So kesimpulannya probability untuk abang J datang Malaysia masih ada lah kan kan kan ???
p/s : Eventhough ni video lama , aku tetap suka . Mesti aku jerit-jerit kalau aku pergi tengok dia live .
p/s/s : Justin menari sangatlah seksi . Aww !
Aku Lebih Rela Makan Gula Pasir 2 Kilo
Tolong berhenti mengeluarkan kata-kata manis kalau semua sekadar penyeri bicara . Jadilah realistik , itu lebih baik . Jangan fikir aku tak akan tahu hakikat sebenar .
Aku dah lihat bukti depan mata . Maaf , aku sungguh menyampah . Meluat lebih-lebih lagi . Melihatkan apa yang dah jadi , aku sangat bersyukur sebab fasa itu sudah berlalu .
Pergilah kejar apa yang kau inginkan sebenarnya sebab aku sememangnya tak akan berpaling . Sungguh loya tekak aku .
You make me effing sick !
*vomiting*
Soalan Peperiksaan Daripada Kakak
Amaran ; Angin hari ini kurang baik jadi jawapan hanya sekadar takat lulus saja .
1. Kekasih saya adalah ;
Hafiz :)
2. Saya sedang mendengar ;
Wonderful World , James Morrison .
3. Saya patut ;
Terus berdiam diri .
4. Saya suka ;
Gelak kuat-kuat .
5. Sahabat-sahabat baik saya ;
Ada la a few .
6. Saya tak faham ;
Kenapa seseorang tu boleh jadi terlalu bodoh sampai menyakitkan hati
7. Saya kehilangan;
Keyakinan diri .
8. Ramai yang berkata ;
Mira suka cakap
9. Makna nama saya ;
Ketua . Kalau nak gedik sikit , puteri .
10. Cinta itu adalah ;
Tajuk lagu nyanyian Kris Dayanti dengan Melly Goeslow .
11. Di sesuatu tempat , seseorang sedang ;
Merajuk .
12. Saya akan cuba ;
Cari balik sifat keras hati yang dah lama hilang .
13. Perkataan SELAMANYA bermaksud ;
Ever ever after ?
14. Saya paling meluat apabila ;
Orang yang bermulut puaka mencari pasal .
15. Pesta/parti adalah ;
Masa untuk bersosial .
16. Haiwan paling comel yang pernah ditemui adalah ;
The one and only polar bear . Sumpahh teramat comel .
17. Peringkat umur yang menyeronokkan bagi saya adalah ;
Rasanya 19 macam okay but looking forward for the future .
18. Hari ini ;
Asyik rasa nak muntah .
19. Malam ini saya akan ;
Kelaparan .
20. Esok pula saya akan ;
Siapkan kerja maf yang menimbun .
21. Saya betul-betul inginkan ;
Sling bag daripada si Pejalan Kaki di Jalan Licin .
22. Ketika anda lihat wajah anda di cermin hari ini ;
Selendang yang dipakai dirasakan betul-betul sesuai dengan baju .
23. Pusat membeli belah atau arked permainan ;
I'm not such a gamer so the answer is mall .
24. Makanan barat atau jepun ;
Cabaran untuk membuatkan aku makan sushi masih dibuka .
25. Bilik yang terang atau gelap ;
Terang . Maaf , aku penakut .
26. Best friend ever ;
Linda .
27. Saya mahu tag ;
Mira aqwim
Nini Kucem
Laila Amran
Ketupat Rendang
Minggu ni aku sangatlah tak bersemangat langsung nak pergi kelas . Sesungguhnya aku siap skip class walaupun tak ada hal lain . Alasan aku , malas dan dalam hati cuma nak balik rumah sementara dalam otak dah terbayang suasana raya .
As always tahun ni raya dengan opah memandangkan nenek dah meninggal 3 tahun lepas . Tapi aku a bit dissapointed sebab anak sedara aku yang gambar dia terbentang kat entri bawah-bawah ni balik Perak masa raya kedua . Lambat bebenor sedangkan by that time aku dah nak balik KL dah pun .
Tahun ni operasi mengira duit raya masih berjalan dan sudah bermula pun memandangkan kawan office mak aku dah start pass duit raya untuk kitorang . *senyum simpul* . Plan untuk raya hoping bersama ahli KITA-KITA pun nampak seronok tapi perlu dicover excitement tu sebab budak-budak tu kadang-kadang tak betul sangat oissshhh !! ;p
Last week kakak aku si Pemakai Selipar di Jalan Licin dah sibuk-sibuk suruh download lagu raya . Dah memang ritual dia everytime raya handphone mesti pakai lagu raya jugak . Siap la nanti lagu Anuar Zain dengan Elina masa kecik-kecik dulu tu mesti berkumandang dan tak mustahil dia akan joget-joget sekali .
Okay sekarang masa untuk aku buat ucapan mohor-mohor besar . Dengan ini , Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin diucapkan kepada semua . Ampun lah ye salah silap tu . Lepas raya baru start kira salah okay .
p/s : Lepas raya ni kalau siapa-siapa kata aku nampak tembam , aku sumbat mulut tu dengan buluh lemang . Harap maklum .
nineteen
Somebody has finally turns 19 ! Happy Birthday Abdul Hadi Hairunas a.k.a the one and only Mr. Ady Borgir. Keep moving forward and don't stop being one of the nicest guy i've ever known . Goodluck for everything .
p/s : anda masih mahu 'BUBUR LAMBOK' kah ? ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)



